Ampang pencetus proses intergrasi buat Bersatu Selangor

19 Disember, AMPANG: Hari ini Ampang menggerakkan proses integrasi yang baik dan akan berpadu menjalin kerjasama erat bersama Bersatu Bahagian dan akan menjadi Parlimen yang terkuat di Selangor.

Sebanyak 8000 borang keahlian Bersatu dari seluruh Negeri Selangor akan diserahkan terus kepada Ketua Perhubungan Bersatu Negeri Selangor, YB Datuk Rashid Asari.

Borang keahlian ini terdiri dari anggota NGO Penggerak Komuniti Negara bersama sayap-sayapnya iaitu Nation Of Women, Pemuda Negara dan Wanita Muda dari seluruh negeri Selangor.

Gerak kerja NGO yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional ini akan terus digerakkan menyantuni golongan sasar terutamanya lokasi yang sukar ditembusi.

“Kami hanya menerima 10,000 borang sebelum ini, dengan penerimaan lagi 10,000 borang sebentar lagi, kami akan meneruskan proses mengisi borang dan mengembalikannya segera kepada Pengerusi Perhubungan Negeri.” kata MP Ampang YB Hajah Zuraida Kamaruddin.

“Jika diberi kepercayaan, saya menawarkan diri untuk bertanding dan mengekalkan kerusi Ampang ‘based on’ keputusan pucuk pimpinan parti.” jelas Hajah Zuraida ketika ditanya mengenai kedudukan beliau di Ampang.

Pengerusi Bersatu Selangor, YB Datuk Rashid Asari pula menganggap pertemuan ini menjadi cetusan terbaik buat Bersatu Selangor.

“Ampang hari ini menjadi pencetus kepada kemesraan dan keakraban Bersatu Selangor yang bakal menjadi contoh kepada bahagian-bahagian lain di seluruh Selangor.” kata beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: