PeKT Seremban Lancar Program Usahawan
Baru-baru ini Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Seremban dengan kerjasama Penggerak Negeri Sembilan telah memulakan inisiatif membantu usahawan-usahawan muda yang dinamai Program Rakan Usahawan PeKT & Rakan Usahawan Penggerak Negeri Sembilan.
Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus telah menyampaikan sumbangan set kerusi dan meja kepada beberapa belia sebagai inisiatif permulaan perniagaan.
