Larry sedia bekerjasama dengan PN demi kesejahteraan rakyat

(UtusanBorneo) KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Larry Sng (gambar) berkata beliau bersedia bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk memastikan kestabilan politik negara dalam mengatasi kesan disebabkan COVID-19.

Ahli Parlimen Julau itu berkata, situasi pandemik tidak pernah terjadi sebelum ini dan ia menimbulkan banyak tekanan serta kesukaran kepada rakyat.

“Sebagai ahli politik, kita harus memain peranan dan mencari kata sepakat bersama parti kerajaan dan pembangkang untuk menjadikan hidup rakyat lebih mudah. Terlalu banyak berpolitik membawa keburukan kepada negara,” katanya kepada The Borneo Post, hari ini.

Dengan berkata demikian beliau juga berharap pakatan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) juga harus mengambil pendekatan sama.

“Pada pendapat saya PH harus bekerjasama dengan PN untuk memastikan kerajaan stabil sehingga wabak berakhir,” katanya.

Sehubungan itu sebagai pertukaran untuk sokongan PH, Larry berkata, PN kemudian harus menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan PH, seperti PN-PH CSA di Perak.

Ini bagi memboleh rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan pembangkang akan dibantu sekiranya mereka memerlukan seperti pada waktu ini, katanya.

“Ini berlaku terutamannya ketika ramai yang terjejas jaringan keselamatan sosial. Kerajaan harus mengetepikan politik dan mengutamakan rakyat terlebih dahulu,” ujar beliau.

Larry juga percaya bahawa pilihan raya umum akan datang mungkin diadakan selewat-lewatnya 2023, selepas wabak berakhir.

Sementara itu kata beliau, PH harus menyelesaikan perbezaan mereka dengan semua pihak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: