PeKT dan KDEB Jalankan Khidmat Komuniti Tempatan
20 Disember, AMPANG: Hari ini PeKT dgn KDEB turun bersama melaksanakan kerja membersihkan pokok tumbang di kawasan Tanah Perkuburan Taman Kosas.
Antara tugasan PeKT di kawasan yang telah diilhamkan daripada Dasar Komuniti Negara. Perlaksanaan peranan kekitaan di peringkat akar umbi dapat diperkasakan bagi melahirkan generasi yang peduli kepada jiran tetangga.


Minggu lepas, Exco Selangor YB Ng Sze Han telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang tidak mengiktiraf PeKT kerana ‘didakwa’ menjalankan tugas sama dengan ahli-ahli majlis PBT.
Kenyataan Ng Sze Han itu sangat mengelirukan kerana beliau tidak meneliti peranan PeKT berdasarkan matlamat utama Dasar Komuniti Negara.
Usahama yang dijalankan oleh PeKT bersama agensi swasta akan melibatkan gerak kerja kemasyarakatan bersama komuniti tempatan.