PH berdepan tugas berat kekal sokongan, kata penganalisis

(FMT News) PETALING JAYA: Seorang penganalisis berkata Pakatan Harapan (PH) akan berusaha sedaya upaya mengekalkan sokongan daripada penyokongnya pada pilihan raya akan datang.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, PH akan berusaha keras menangani masalah untuk mengekalkan sokongan daripada penyokong yang semakin kecewa dengan bekas gabungan kerajaan itu.

Katanya, PH tidak boleh berfantasi ia dapat memperoleh undi golongan Melayu konservatif. Pada Pilihan Raya 2018, UMNO dan PAS memperoleh lebih 75% undi Melayu, tetapi perpecahan undi antara kedua-dua parti itu menjurus kepada kemenangan PH.

“UMNO dan PAS meletakkan ramai calon di kawasan sama tetapi mereka memperoleh lebih 75% undi orang Melayu,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, terdapat penurunan sokongan kepada PH pada pilihan raya akan datang dan mengaitkannya dengan rasa sia-sia dalam kalangan penyokong yang menyaksikan wakil rakyat berpaling tadah untuk membentuk “kerajaan pintu belakang”.

Oh berkata, terdapat kesedaran yang semakin jelas, hampir mustahil bagi PH untuk menang dengan majoriti besar pada pilihan raya akan datang kerana parti pemerintah berasaskan orang Melayu berganding bahu sebagai gabungan pada pilihan raya.

“Kepemimpinan baharu mungkin dapat mengekalkan sebilangan penyokong PH yang jijik dengan pengkhianatan wakil rakyat dipilih sebelumnya, dan janji yang tidak ditepati, terutama oleh Anwar (Ibrahim).

“Tetapi kepemimpinan baharu masih tidak dapat menarik sokongan daripada majoriti penyokong konservatif yang secara jelas lebih suka dengan kaedah agihan pemberian sebagai pertukaran kepada undi.”

Presiden Amanah Mohamad Sabu mengakui pembangkang berdepan tugas berat untuk memperoleh sokongan pengundi pada pilihan raya akan datang, dengan menyatakan sebilangan pengundi hilang minat untuk mengundi wakil rakyat mereka.

Bagaimanapun, Saifuddin menegaskan Anwar masih mempunyai sokongan mencukupi untuk menukar kerajaan dan berkata ia boleh dilakukan melalui akuan bersumpah (SD) atau di Dewan Rakyat.

Seorang lagi penganalisis Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, PKR memiliki barisan terbaik dan memperkuatkan sokongan akar umbi untuk melakukan yang terbaik pada pilihan raya akan datang.

Beliau memberitahu, setiap pilihan raya umum mempunyai isu yang penting untuk dimainkan, dengan keabsahan kerajaan sedia ada antara perkara penting akan dibangkitkan.

“Terdapat juga isu berhubung impak COVID-19 terhadap pendidikan dan pengurusan ekonomi ketika pandemik, termasuk isu seperti moratorium pinjaman, kekurangan peluang pekerjaan, pengangguran dan perniagaan

“Jadi PH masih mempunyai isu yang nyata untuk melancarkan kempen pilihan raya dan bukan hanya bergantung kepada persepsi untuk memperoleh sokongan rakyat, terutama dengan pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas dengan kesan ekonomi dan sosial daripada pandemik,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: