PeKT Jempol & Majlis Perbandaran Jempol Kukuhkan Kerjasama dan Komunikasi

21 Disember, BANDAR SERI JEMPOL: Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Jempol melakar hubungan baru dengan Majlis Perbandaran Jempol melalui kunjungan hormat bertemu Yang DiPertua Majlis Perbandaran Jempol, YM Raja Norazli bin Raja Nordin.

Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet di Ibupejabat Majlis Perbandaran Jempol, Bandar Seri Jempol. Ahli PeKT Jempol turut hadir ialah Karip Mohd Salleh dan Murly Thangaiyah.

Pertemuan ini adalah makluman penubuhan PeKT di bawah seliaan Bahagian Kesejahteraan Bandar dilihat sebagai salah satu medium bagi KPKT membawa isu-isu perbandaran termasuk perumahan, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan.

Penjelasan peranan PeKT sebagai pengantara kepada PBT dalam memperkasakan komuniti setempat, menangani isu-isu kesejahteraan bandar serta mewujudkan program di bawah kluster Dasar Komuniti Negara yang memberi manfaat dan meningkatkan kemampanan kejiranan komuniti.

Kontroversi mengenai PeKT menjadi perbahasan hangat dalam sidang parlimen lepas kerana kekeliruan segelintir ahli parlimen yang menganggap PeKT adalah sebuah unit politik, namun penjelasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin akan peranan sebenar PeKT sebagai rakan strategik komuniti yang tidak mengganggu atau bertindih dengan peranan serta tugasan ahli-ahli majlis PBT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: