Pengerusi, bekas pengerusi Bersih 2.0 sambut baik cadangan reformasi pilihan raya ERC

(MalaysiaNOW) Bersih 2.0 menyambut baik cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) kepada Putrajaya untuk melaksanakan reformasi terhadap perjalanan pilihan raya di Malaysia.

Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann berkata langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menerbitkan kesemua 49 syor yang dikemukakan ERC kepada Putrajaya pada Ogos lalu.

“Ia akan membolehkan perdebatan umum dan pada masa yang sama mengumpul lebih banyak maklum balas daripada pelbagai pihak,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Ia juga secara tidak langsung akan menyampaikan mesej kepada pengundi bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sangat komited untuk melakukan perubahan yang akan memberi kelebihan kepada semua pengundi dalam pertandingan yang adil.”

ERC ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini untuk mengkaji kelemahan sistem pilihan raya di Malaysia.

Minggu lalu Pengerusi ERC Abdul Rashid Abdul Rahman mengatakan beliau yakin kerajaan akan melaksanakan kesemua 49 syor yang dikemukakan untuk menambah baik perjalanan pilihan raya di Malaysia.

Semalam MalaysiaNow melaporkan antara cadangan paling radikal daripada ERC ialah mengubah sistem pilihan raya di Malaysia dengan memperkenalkan sistem campuran di mana sistem Senarai Perwakilan Berkadar Tertutup (CLPR) bagi memilih ahli Parlimen manakala sistem Sistem Pemenang Undi Terbanyak (FPTP) seperti yang dilaksanakan sekarang dikekalkan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bersih 2.0 menyokong cadangan untuk memperkenalkan sistem campuran di peringkat Parlimen kerana jumlah kerusi dimenangi ditentukan berdasarkan undi keseluruhan yang diperoleh setiap parti politik.

“Melalui kaedah ini, ia akan menambah baik wakil calon daripada wanita, minoriti dan memberi peluang kepada parti-parti kecil dalam pilihan raya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: