Penggerak Gopeng Hulur Sumbangan Pakaian Sempena Krismas
22 Disember, GOPENG: Menjelang perayaan Krismas yang bakal berlangsung hujung minggu ini, Penggerak Gopeng telah menghulurkan sumbangan pakaian kepada penduduk-penduduk Kampung Hulu Jelintuh, Gopeng hari ini.
Kampung Hulu Jelintuh merupakan petempatan buat 600 penduduk yang merupakan masyarakat Orang Asli.


Pengerusi Penggerak Gopeng, Azwan Ramli yang juga Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Perak bersama jawatankuasa Penggerak Gopeng dan wakil-wakil komponen Perikatan Nasional Gopeng telah menghulurkan sumbangan tersebut.


Peranan Penggerak Komuniti Negara menjadi perbahasan hangat semasa sidang parlimen lepas kerana kekeliruan segelintir ahli parlimen yang tidak dapat membezakan peranan Penggerak Komuniti Negara sebagai NGO dengan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang merupakan agen komunikasi lantikan KPKT bagi memberdayakan masyarakat B40 berdasarkan teras penting Dasar Komuniti Negara.
