Selepas 90 hari umum ‘sokongan majoriti’, Anwar terus dipersenda!

oleh Teropong Undi Mungkin ramai tak sedar dan perasan hari ini (23 Disember) genap 90 hari selepas Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan yang ‘menyakinkan dan kuat’ pada 23 September lepas, iaitu tiga hari sebelum hari mengundi PRN Sabah.

Dakwaan Anwar itu disusuli dengan kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin telah tumbang pada 23 September itu, sehingga kini masih gagal ‘terzahir’ dan Perikatan Nasional makin terkedepan.

Setelah Belanjawan 2021 peringkat dasar, perbahasan peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga diluluskan oleh Dewan Rakyat, Perikatan Nasional mendapat anjakan moral dan kemenangan politik walaupun mempunyai majoriti tipis. Anwar dan Pakatan Harapan sebenarnya telah gagal sejak sesi Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 apabila blok pembangkang sendiri tidak melawan untuk mengundi tak menyokong.

Walaupun semasa meluluskan Belanjawan 2021 bacaan ketiga, majoriti sokongan yang didakwa oleh Anwar itu tidak ‘muncul’ dan itu pun PH ‘diberi muka’ oleh sokongan blok pembangkang lain iaitu Warisan (8), Pejuang (4) dan Parti Sarawak Bersatu (2) menjadikan kedudukan Perikatan Nasional vs Pembangkang dengan angka 111-108.

Tanpa sokongan tambahan daripada Warisan yang sejak perbahasan peringkat jawatankuasa tidak mengundi, blok pembangkang yang diketuai oleh PH hanya mempunyai 95-98 MP.

Kegagalan PH menafikan Belanjawan 2021. Beban politik itu mahu dilemparkan ke atas Anwar, pemuka-pemuka PH secara sinis mempertikaikan Anwar walaupun tak secara terang. Namun isyarat mahu Anwar berundur sebagai ketua pembangkang sudah berkumandang kuat.

Paling terdaya pentaksub-pentaksub Anwar untuk mengalih isu adalah dengan ‘membantai’ Zuraida Kamaruddin dengan ‘isu tak pakai face mask’. Zuraida kental berhadapan dengan isu remeh begini, pasukan gerila media pro-Perikatan sendiri membantai semula serangan pentaksub-pentaksub Anwar itu.

Ke mana Anwar mahu mengemudi PKR selepas kegagalan ‘Meridien Move’ dan menafikan Belanjawan 2021?

Belum reda isu ‘hilang keyakinan’ itu, MP Julau pula meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Sarawak pada 21 Disember lepas. Keputusan itu disusuli dengan kenyataan Larry Sng bersedia untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional atas kepentingan rakyat. Ini juga petanda politik sudah ada wakil-wakil rakyat PKR hilang keyakinan kepada Anwar.

Anwar terus dipersenda oleh dunia politik akibat retorik angka dan impian ‘menjatuhkan kerajaan’, kaedah sama yang dikitar guna sejak 2008 lagi. Seolah-olah Anwar sudah hilang karisma politik, asyik mengulang kaedah sama yang sudah boleh dijangka kegagalannya.

Anak emas Anwar, Rafizi Ramli turut membidas Anwar kerana mempercayai pengampu-pengampu di keliling beliau. Akibatnya ditanggung oleh Anwar sendiri.

Ketika Anwar dan PKR mahu menggunakan naratif baru ‘kerajaan tidak stabil’ sebagai senjata politik menyerang, Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional telah berjaya membentuk Majlis Presiden Perikatan Nasional yang terdiri daripada parti-parti yang mendokong kerajaan seperti Barisan Nasional (Umno, MCA, MIC, PBRS), GPS (PBB, SUPP, PDP, PRS), PBS dan komponen Perikatan Nasional sendiri iaitu Bersatu, Pas, Star dan SAPP. Kejayaan Belanjawan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat memberi impak positif kepada Perikatan Nasional. Pembentukan Majlis Presiden itu adalah langkah pengukuhan muafakat politik nasional.

Tun M dan Shafie Afdal dilihat sudah ada kesepakatan untuk bekerjasama. Tak mustahil pimpinan DAP dan Amanah termasuk Parti Sarawak Bersatu akan menyertai gabungan politik baru diketuai oleh Tun M.

Selagi keberadaan Tun M dalam arus politik, selagi itu Anwar Ibrahim akan gagal mencapai impian menjadi PM. Entah apa kisah dan dendam yang berlaku antara dua orang tua ini. Ada eloknya kedua-dua bersara politik. Mungkin politik Malaysia akan stabil tanpa Anwar dan Tun M.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: