‘Big Data System’ rekod perkembangan perumahan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bakal mempunyai ‘big data system’ yang dijangka siap lengkap pada pertengahan tahun 2021.

“Buat masa ini KPKT belum ada lagi ‘big data system’. Insyallah bulan Jun 2021 akan ada ‘big data system’ yang lengkap.” kata YB Hajah Zuraida Kamaruddin dalam rancangan Bicara Naratif TV1 RTM.

Menurut beliau lagi, dengan ada maklumat tepat yang merekod perkembangan perumahan, KPKT dan pemaju dapat menganalisa lokasi serta keperluan dengan data yang lengkap.

Tambah Hajah Zuraida, data-data yang lengkap ini akan membantu KPKT dan pemaju mengenalpasti aspek-aspek pembangunan bagi merancang perumahan agar tidak mendatang kerugian semasa pembinaan dijalankan akibat ketidaksesuaian tanah, kos tinggi atau terbengkalai.

YB Hajah Zuraida Kamaruddin hadir sebagai tetamu khas rancangan Bicara Naratif TV1 terbitan RTM yang dihoskan oleh Sayed Munawwar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: