Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Wakil Penduduk Capai Kata Sepakat

26 Disember, JAWI: Kata sepakat dicapai setelah satu pertemuan antara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin dengan wakil-wakil penduduk Taman Halaman Indah, Jawi di Pulau Pinang yang berlangsung pagi tadi.

Perbincangan empat mata antara Hajah Zuraida Kamaruddin bersama wakil-wakil penduduk bagi mencari penyelesaian projek perumahan teres di Taman Halaman Indah.

Wakil-wakil penduduk telah menyuarakan kegusaran dan permasalahan yang dihadapi oleh projek perumahan terbabit sejak tahun 2012 khusus kepada pembeli.

Beberapa jalan penyelesaian telah dicapai antaranya mengambil tindakan terhadap pemaju dan pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Hajah Zuraida berharap hasil perbincangan hari ini dapat memberi sinar kepada 1138 orang penduduk Taman Halaman Indah. Selain wakil-wakil penduduk, turut hadir adalah YB Dato Dr Mansor Othman Ahli Parlimen Nibong Tebal merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Pegawai PTG dan Pegawai Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: