Penggerak WP & Pemuda Negara WP gerak program ‘B40 Home Makeover’
26 Disember, WANGSA MAJU: Gerakan kemasyarakatan yang dijalankan oleh Penggerak Wilayah Persekutuan bersama Pemuda Negara Wilayah Persekutuan iaitu ‘B40 Home Makeover’ merupakan suatu usaha membantu komuniti.
Hari ini Pengerusi Penggerak Wilayah, Hizwan Ahmad dan Ketua Pemuda Negara Wilayah, Adi Akmal Isa berganding usaha mengetuai kerja-kerja pembersihan dan ubahsuai rumah seorang warga emas, Pakcik Sulaiman di Blok D1, Seksyen 1 Wangsa Maju.




Tenaga kerja ‘home makeover’ ini melibatkan Pemuda Negara Wilayah dan Pemuda Negara Wangsa Maju.
Ini suatu usaha mendekati masyarakat setempat khususnya golongan B40 dan ia juga suatu pendekatan unik yang memerlukan kerjasama tenaga dan gotong royong seiring dengan matlamat memberdaya masyarakat Dasar Komuniti Negara.

