Melangkaui sempadan politik, Menteri KPKT rasmi projek perumahan Pulau Pinang
27 Disember, BUKIT GELUGOR: Lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin diteruskan lagi hari dengan merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Bukit Gelugor yang merupakan kerjasama KPKT, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PRIMA dan pemaju IDEAL GROUP PROPERTY.
Ini adalah projek pertama yang dilancarkan selepas Covid-19 di Pulau Pinang.


Majlis Pecah Tanah Residensi Bukit Gelugor ini telah dirasmikan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow. Projek perumahan ini juga melangkaui sempadan politik kepartian dengan kerjasama baik antara kerajaan negeri dan kementerian kerajaan Persekutuan.
Residensi Bukit Gelugor ini dapat akan membantu Pulau Pinang mencapai sasaran penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat yang melibatkan pembinaan 2850 unit dengan pelbagai fasiliti serta kemudahan yang disediakan seperti dewan, kolam renang dan sebagainya.

