Membawang Akhir Zaman (MAZ): Kontroversi Neelofa lonjak rating!

Kontroversi dan gosip memang menjadi aspek utama segelintir artis mempopularkan diri dan rating. Walaupun dalam politik kaedah ini ada digunakan, namun bab membawang akan tertumpu kepada gosip artis. MAZ nak kongsi beberapa pandangan.

Dua isu hangat akhir tahun yang masih diperkatakan oleh netizen membawang semalaysia adalah kontroversi Neelofa putus tunang dan Khairy Jamaludin jatuh basikal.

Neelofa seorang ‘business woman’ manakala Khairy adalah seorang politikus taraf MP dan Menteri. Kedua-dua kejadian yang menimpa mereka menjadi ‘aset berharga’ melonjakkan rating dalam ruang maya. Lihat sahaja kisah Neelofa dan Khairy mendapat perhatian meluas dalam media sosial samada di FB, Instagram, Twitter dan newsfeed media online. Hangat di pasaran.

Ada pandangan netizen yang mengatakan selebriti macam Neelofa, Sajat dan Alif Syukri sebenarnya suka buat kontroversi untuk laku bisnes dan jualan produk. Tanpa kontroversi dan gosip, pasaran produk mereka akan perlahan. Kontroversi membantu mereka melariskan produk. Ini bukan MAZ kata, tapi ini pandangan netizen.

Kontroversi politik terhangat tahun 2020 adalah ‘kejayaan’ Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin menjatuhkan Pakatan Harapan. Itu kata penyokong-penyokong PH. Bukan MAZ yang kata.

Tak pasal-pasal menteri-menteri kabinet PH putih mata dan melopong jauh apabila kuasa hilang. Melepas segala hasrat nak tukar jam baru, kereta baru, rumah baru, baju baru dan mungkin bini baru.

MAZ berpandangan kontroversi politik Azmin-Zuraida paling menarik sepanjang tahun 2020, kira top rating of political gossip & controversial! Memang cantas rating Tun M. Hatta Anwar Ibrahim pun ketinggalan jauh walaupun Bang Non dua kali up rating dengan kontroversi angka sokongan ahli-ahli parlimen dan tukar kerajaan.

Kisah mesyuarat UMNO Seremban kecoh sampai bergaduh pun menaikkan rating Umno seketika. Semua orang tau Umno perlukan perhatian sejak kalah PRU-14. MAZ selidik keputusan PRU-14, Umno Seremban rupa-rupanya kalah semua tempat bertanding, kena tapau dengan PH. Ampangan, Sikamat dan Lenggeng dirampas oleh PH. Tahun 2008 dulu pun pernah kecoh, mesyuarat agung bahagian bertempur sesama sendiri.

Tahun 2008: Pergaduhan semasa mesyuarat agung Umno Seremban

Kalau dirangkum semua baik politik dan artis, MAZ rasa Sajat juga masuk ranking kontroversi cuma dia dah terlalu basi. Gelak mengada-ngada Sajat dah jadi penyakit telinga masyarakat.

Jangan lupa sebelum ini, pelakon Kamal Adli telah melamar Uqasha Senrose secara live semasa rancangan Anugerah Meletop Era. Habis frust menonggenglah balak-balak yang dah lama usha Uqasha ini.

Ini senarai gosip & kontroversi tahun 2020 MAZ:

1. Neelofa putus tunang
2. Khairy Jamaludin jatuh basikal
3. Azmin-Zuraida keluar PKR, PH tumbang.
4. Kamal Adli lamar Uqasha Senrose live Anugerah Era.
5. Anwar dakwa ada sokongan majoriti ahli-ahli parlimen
6. Mesyuarat Umno Seremban kecoh bergaduh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: