Membawang Akhir Zaman (MAZ): Nasi Lemak Sambal Lipas!

Orang bandar yang jenis kerja di pejabat memang tak sempat nak memasak awal pagi kalau masuk pejabat pukul 8 atau 9 pagi. Kebanyakan mereka akan membeli makanan untuk sarapan di gerai-gerai tepi jalan.

Awas kalau kau orang membeli nasi lemak atau jajan. Sebelum makan periksa dulu takut-takut ada pulak ‘menu’ tambahan.

Ini terjadi dengan seorang kawan MAZ. Tiap hari dia akan membeli 5-6 bungkus nasi lemak untuk geng dalam opis. Entah satu pagi memang nak jadi cerita. Kebetulan dia dah balun dua bungkus masa awal pagi di opis. Kemudian ada baki tiga bungkus lagi untuk kawan-kawan opis.

Waktu tengahari, boss dia pun tumpang sekali nak merasa nasi lemak RM1 itu. Sedang elok dibuka dan menyuap dua tiga sudu, tetiba menjerit macam jumpa hantu boss dia. Rupa-rupanya dalam sambal nasi lemak ada seekor lipas yang dah sebati bercampur.

Nasiblah kawan MAZ tadi yang awal balun dua bungkus nasi lemak. Mungkin ada kot lipas lain tergaul.

“Aku pun jadi hang punya cerita jugak ke MAZ?”

Bab politik pun MAZ nak pesan jugak. Memilih biar yang elok serba serbi. Jangan pilih luaran saja. Politikus ini antara pelakon terhebat. Contoh macam Anwar Ibrahim. Kau orang pun pernah tertipu kononnya dia boleh pulihkan ekonomi kalau dia naik jadi PM. Apa dia ingat dia tuhan atau dewa Greek ke?

Hal Bang Non ini samalah macam hal nasi lemak sambal lipas tadi. Kena waspada dan hati-hati. Memang sedap hari-hari layan sambal tetapi sesekali lipas pun jadi menu. Bang Non asyik gebang dia boleh jatuhkan kerajaan tapi tak pernahnya menjadi pun. Kena kencing lagi kita semua. Memang lipas lah Bang Non ni!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: