Teori Kamal Hatta: PH bakal hancur selagi mendewakan Anwar Ibrahim!

Sedap je Anwar Ibrahim mempertikaikan rakan komponen PH yang lain untuk pelan besar membentuk gabungan baru blok pembangkang dengan Pejuang, Warisan dan PSB. Dakwa dia yang PH telah gagal dalam usaha membanteras rasuah.

Itu sebablah rating PH merundum selepas bulan Jun 2019. Halatuju kerajaan yang dipimpin oleh PH waktu itu berada paras 38 peratus tahap keyakinan rakyat.

Tapi agak pelik nada Anwar yang terkini. Dia masih jaki dengan Mahathir. Begitu jugak Mahathir yang masih bintat dengan Anwar. Masing-masing saling belaga keting!

Aku boleh faham sebab musabab DAP dan PAN termasuk segelintir kepalatus PKR nak bergabung dengan Mahathir dan beberapa parti pembangkang lain untuk berhadapan Perikatan Nasional. Mereka masih terkesan dengan ‘sentuhan’ Mahathir menterbalikkan minda rakyat menolak Umno-BN semasa PRU-14 lepas. Anwar tak pernah berjaya dalam misi menewaskan Umno-BN sejak 2008. Faktor Mahathir masih kuat denyut!

Anwar goyang sebenarnya. Dia dah sedar kepalatus PH yang lain sudah hilang keyakinan kepada dia. Kalau bukan Mahathir sebagai calon ketua pembangkang, pasti Shafie Afdal adalah pilihan terbaik.

Shafie ni walaupun setakat main di Sabah, dia masih kuat di Sabah walaupun Warisan gagal mempertahankan kuasa melalui PRN Sabah lepas. Anwar suka menyibuk waktu orang lain gigih berkempen PRN Sabah, dia gatal umum ada majoriti dan selamba sebut Muhyiddin dan Perikatan Nasional sudah tumbang. Tahap kencing haring pekat ni bai! Shafie masih menang lebih daripada 20 seat daripada 71 seat dun semuanya di Sabah. PKR kekal menang dua dan takkan mampu bertambah dalam tempoh 10 tahun lagi. Ini repo yang Anwar susah nak hadap dengan Shafie. Jauh panggang daripada api oii.

Aku meramalkan PH akan jahanam kalau terus berkepalakan Anwar. Semua kepalatus PH kena berani menongkah arus. Anwar bukan dewa, dia bukan mampu bawa perubahan sebagaimana tahun 1998 dan 2008. Itu pun semasa kalah PRU-13 dulu tu pun dia boleh kencing kita satu Malaysia kata Umno-BN gelapkan undi!

Logik politik yang terjadi, Anwar takut dipinggirkan dan watak lain naik menggantikan dia. Itu kebenaran nya, tak perlu nak dengar macai-macai pentaksub Anwar nak keluarkan hujah konon Anwar

Satu hal yang aku berterima kasih kat Anwar sebab berjaya bentuk parti multiracial di Malaysia iaitu PKR. Tapi apakan daya, Anwar jugak yang bikin rosak kekuatan PKR.

PAN sebagai parti terkecil dalam PH tentu tak mau kalah teruk PRU-15 nanti. Mat Sabu pun tak sanggup nak hadap kekalahan besar akan datang. Dia dan PAN perlu ikut DAP.

Ada beza besar antara PAN dengan Warisan walaupun beza usia tak jauh, dari segi memegang kuasa yang lebih signifikan sudah pasti Warisan jauh mendahului PAN. Jika diukur bilangan wakil rakyat, Warisan memiliki lebih ramai wakil rakyat berbanding PAN. Aku harap Mat Sabu jangan mantul sangat ikut Anwar. Sudah-sudahlah nak up kaki kencing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: