Menteri KPKT mulakan tugas 1 Januari 2021
Walaupun 1 Januari 2021 adalah hari cuti umum seluruh dunia, namun berbeza dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin yang bersemangat memulakan tugas beliau.
Kebetulan 1 Januari tahun ini jatuh pada hari Jumaat, yang merupakan penghulu segala hari mengikut kalendar Islam.
Komitmen beliau terhadap tugas begitu tinggi. Sehari sesudah perayaan Hari Natal yang lepas, Hajah Zuraida terus melakukan lawatan kerja Menteri KPKT ke negeri Pulau Pinang dan Kedah.
Hajah Zuraida juga berharap dapat melaksanakan tanggungjawab memberdayakan masyarakat B40 melalui Dasar Komuniti Negara dan memperkasa Dasar Kebersihan Negara bagi mewujudkan suasana sejahtera kediaman masyarakat selain meneruskan program perumahan mampu milik rakyat sepanjang tahun 2021.
