Saman PKR Terhadap Zuraida Tidak Berperlembagaan
Pembukaan tahun baru 2021 hangat dengan isu saman PKR terhadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin yang telah dipecat oleh PKR pada 24 Febuari 2020.
Namun tindakan itu melanggar Artikel 10, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan.
PKR tidak layak menguatkuasakan perjanjian itu yang tidak pun merupakan keperluan wajib di bawah Undang-undang Pilihanraya.

Perjanjian tersebut dikenakan terhadap semua calon Pilihanraya PKR secara unilateral. Ia tidak adil dan berat sebelah.
Tindakan PKR ini hanya untuk menjejaskan reputasi Zuraida dan cubaan mencari dana bagi PKR dengan menyaman sehinggan RM10 juta.
Keputusan meninggalkan PKR yang disertai sejak 1999 bukan mudah tetapi perlu kerana sikap DSAI yang menyemai perpecahan dalam parti pada waktu pemilihan parti dan lantikan Pengerusi PKR Negeri yang tidak demokratik.
DSAI tidak layak menjadi Perdana Menteri dan bukan orang yang tepat mengemudi PKR.
Sekiranya saman ini dibicarakan di mahkamah, Yusoff Rawther dan Aidil Azim Abu Adam akan turut dikemukakan sebagai antara saksi dan beberapa bukti yang tidak diketahui umum sebelum ini akan didedahkan di mahkamah.