Hajah Zuraida Kamaruddin rakam ucapan takziah keluarga kemalangan Feri Triso

2 Januari, PUTRAJAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga sembilan beranak yang lemas dalam insiden melibatkan kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki mereka terjatuh dari feri Triso ke dalam sungai di Jalan Beladin Triso, Sarawak semalam.

“Saya mendoakan seluruh ahli keluarga mangsa sabar dan tabah dalam menghadapi
ujian ini.” kata beliau melalui kenyataan rasmi hari ini.

“Saya percaya siasatan menyeluruh akan dilakukan pihak berwajib, bagi
mengelakkan kemalangan seumpama ini berulang serta mutu dan kualiti
keselamatan akan dipertingkatkan.” Tegas Hajah Zuraida.

“Marilah kita mendoakan semoga roh mereka yang terbabit diberikan kesejahteraan atas amal kebaikan serta ditempatkan bersama golongan yang dikasihi tuhan.” kata beliau mengakhiri kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang Jumaat, sembilan sekeluarga maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjunam ke Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak juga tidak menolak kemungkinan tragedi itu berlaku disebabkan pemandu kenderaan gagal mengimbangi kenderaan dipandunya di laluan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: