Masjid Razaleigh bakal dibuka April

GUA MUSANG, 2 Jan — Masjid Razaleigh yang menyerupai Masjidil Haram Makkah bertempat di Bandar Lama, di sini, bakal dibuka April ini kepada umat Islam untuk menunaikan ibadat.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengakui pembukaan masjid itu sudah beberapa kali tertangguh sebelum ini berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara ini.

Beliau berkata memang merugikan jemaah jika masjid itu dibuka ketika wabak itu masih belum berakhir memandangkan ruangan jemaah tidak boleh dipenuhi orang ramai susulan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Beliau turut berkata pembinaan masjid dengan kos RM32 juta itu, mempunyai sembilan menara seperti Masjidil Haram Makkah akan dibuka kepada pelawat dari seluruh negara yang ingin melihat keindahan masjid termoden serta yang pertama di negara ini.

“Tidak ada halangan bagi mereka yang hendak melawat dan melihat lebih dekat masjid itu pada bila-bila masa. Namun kita akan lihat keadaan, sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) disambung selepas Mac ini, mungkin pembukaan masjid ini akan ditangguhkan lagi,” katanya kepada media selepas melawat masjid berkenaan, di sini, hari ini.

Jelasnya, pembinaan masjid baharu itu bagi menggantikan masjid lama yang kerap ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh sehingga mengakibatkan pelbagai kerosakan peralatan.

Malah, katanya, masjid lama itu juga tidak dapat menampung jumlah jemaah yang ramai berbanding Masjid Razaleigh yang lebih besar serta lengkap dengan kemudahan termasuk bilik imam, bilal, ruang mesyuarat, dewan makan dan bilik taklimat.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: