Dua daerah terjejas banjir di Pahang, 65 mangsa ditempatkan di PPS

KUANTAN, 3 Jan — Seramai 65 penduduk daripada 19 keluarga dari dua daerah di Pahang kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.

Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 9.30 pagi ini, di daerah Maran, seramai 44 mangsa daripada 13 keluarga telah ditempatkan di PPS Balai Raya Jara, manakala 21 mangsa daripada enam keluarga dari daerah Rompin berlindung di PPS Balai Raya Bukit Lepas.

Portal berkenaan turut memaklumkan tiga sungai di Pahang melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Lepar @ Jambatan Gelugor, Sungai Lipis, Raub dan Sungai Lembing, di sini manakala Sungai Lipis di Lipis melepasi tahap waspada.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia menerusi laman Twitternya memaklumkan berlaku limpahan air di Kilometer 198 arah Timur dan Barat di laluan Gambang dan Sri Jaya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Seri Norol Azali Sulaiman ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan menyatakan limpahan air menyebabkan jalan berkenaan ditutup pada pukul 8.40 pagi ini.

Sementara itu, pemegang konsesi LPT1, ANIH Berhad menerusi kenyataannya menasihatkan pengguna lebuh raya dari Pantai Timur yang ingin pulang ke Kuala Lumpur selepas tamat cuti hujung tahun hari ini, untuk menangguhkan perjalanan mereka kerana laluan itu dinaiki air setinggi dua meter sepanjang satu kilometer.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dan buruk, dengan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Pahang iaitu melibatkan daerah Pekan dan Rompin.

Selain itu, MetMalaysia turut meramalkan cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan melibatkan daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: