MBI lantik MUMSB uruskan perkhidmatan sisa pepejal

IPOH, 3 Jan — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melantik Syarikat Majuperak Utilities Management Sdn. Bhd. (MUMSB), bagi melaksanakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dalam bandar raya Ipoh, bermula 1 Jan.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, buat permulaan perkhidmatan berkenaan akan tertumpu di zon Meru yang melibatkan 10,649 premis dan zon Manjoi membabitkan 5,696 premis.

“Untuk 1 Jan ini, kita akan mulakan dulu perkhidmatan ini di zon Meru dan pada 1 April nanti, syarikat itu akan mula beroperasi di zon Manjoi. Saya berharap perkhidmatan yang dijalankan di zon Meru dan zon Manjoi ini akan berjalan lancar sepertimana diharapkan.

“Dalam masa yang sama, ia akan diperluaskan di zon lain dalam kawasan pentadbiran MBI. Buat masa ini, kita sedang kenal pasti beberapa kawasan yang dirasakan sesuai untuk dilaksanakan perkhidmatan ini,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Operasi Kutipan Sampah Di Meru dan Manjoi di sini hari ini.

Beliau berkata selain perkhidmatan berkenaan, MUMSB juga akan membekalkan kemudahan tong sampah di semua premis yang melibatkan kedua-dua zon tersebut, bagi memudahkan proses kutipan dijalankan.

“Tong sampah itu mematuhi piawaian antarabangsa selain mempunyai roda, penutup dan dilengkapi dengan cip Radio Frequency Identification (RFI) yang berfungsi bagi mengesan lokasi tong terbabit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sasaran untuk menjadikan Ipoh sebagai bandar raya terbersih di Malaysia menjelang 2023 akan dapat direalisasikan, jika semua pihak berdisiplin dan mematuhi peraturan berkaitan kebersihan yang telah digariskan.

Tambahnya, sasaran itu juga secara dasarnya bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya membudayakan amalan kebersihan dan penjagaan alam sekitar, secara optimum.

“Kalau perkara ini berjaya kita realisasikan, mungkin selepas ini kita akan cuba saingi Singapura pula, yang kita semua ketahui merupakan banda raya terbersih di Asia Tenggara,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: