Banjir Pahang: Benta lumpuh ditenggalami banjir
4 Januari, BENTA: Pekan Benta dan beberapa kawasan sekitar dilaporkan lumpuh apabila pekan tersebut telah ditenggalami air banjir.
Hujan yang turun berterusan semalam telah menyebabkan paras air Sungai Lipis melimpah dan menenggelamkan kebanyakan kawasan yang berada dalam lembangan sungai ini.


Pekan Benta antara yang paling terjejas kerana lokasi pekan ini terletak di tebing Sungai Lipis. Selain daripada kawasan pekan, beberapa kampung sekitar pekan dan taman perumahan turut dinaiki air sehingga paras bumbung.
Stesen Penimbang JPJ di Batu 11 Jalan Benta-Lipis turut ditenggalami air banjir akibat limpahan air Sungai Lipis.

Daerah Lipis antara beberapa daerah di Pahang yang terjejas teruk kesan hujan lebat yang turun semalam.
Bekalan eletrik dilaporkan turut diputuskan atas tujuan keselamatan kesan kenaikan paras banjir di tahap bahaya.
