Membawang Akhir Zaman (MAZ): KENAPA KERAJAAN BATAL KERETAPI LAJU – HSR?

Malaysia kena buli dengan Singapura.

Banyak yang bercerita pasal keretapi laju. Ada yang kata Malaysia rugi. Kerajaan membazir sebab kena bayar pampasan. Korang tahu tak sebab apa sebenarnya. Kerajaan tak boleh nak cerita semua, ini kawan aku ada geng kat dalam cerita sebab apa perjanjian ini batal.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya kerajaan dah try nego dengan Singapura sampai tengah malam 31 Disember 2020 nak ajak Singapura join juga tapi diaorang tak nak juga sebab nak duit pampasan. Singapura cakap bayar dulu baru bincang balik.
Ini sebab utama kenapa kerajaan batal projek HSR.

Kedaulatan Negara Ini sebab utama bro. Dah lama Singapura buli Malaysia.
Korang ingat tak stesen KTMB di Tanjung Pagar, Singapura? Kerajaan Singapura buat macam-macam nak halau KTMB keluar. Akhirnya Kerajaan bawah PM6 kena tipu dengan janji manis Singapura bagi tiga bangunan ganti tanah. Lepas itu, Kerajaan PH bawah PM7 pi jual salah satu bangunan tu, DUO Residence.

Korang jangan lupa isu perjanjian air Malaysia – Singapura tahun 1962. Perjanjian itu, yang berakhir pada 2061 memberi hak kepada Singapura untuk mengeluarkan 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor pada kadar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Johor kemudiannya membeli semula air terawat daripada republik itu pada kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Korang kira berapa banyak diaorang untung.

Ketiga, kapal terbang termasuklah jet pejuang askar Singapura suka hati mak bapa dia orang guna ruang udara Malaysia. Terbaru, kapal terbang nak mendarat di Seletar Airport, Singapura kena pusing di Pasir Gudang, Johor. Kita tak tau mana satu pesawat betul atau pesawat risik diaorang.

Laporan berita 2018

Keempat, Singapura nak ambil pulau-pulau di Johor lagi. Dulu dia orang dah dapat Pulau Batu Putih lepas tu masa PM6 pun dia orang try nak ambil Pulau Pisang pula.

Pulau Pisang ada Rumah Api yang dijaga oleh Singapura. Pulau Pisang terletak kira-kira 12 km dari Pontian Kecil dan 5 km dari Benut. Hak Malaysia bro! Tapi Singapura jaga. Lama-lama diaorang tuntut macam Pulau Batu Putih pula.

Dengar cerita, diaorang dah bina jalan besar dan bangunan di atas pulau yang terang-terang memang hak Malaysia ni.

Lepas ni apa lagi yang kita nak kena buli?

Kalau kita tak jaga-jaga dari awal satu Malaysia diaorang akan ambil.

Caranya masuk ke Malaysia dengan landasan keretapi laju, HSR. Panjang landasan 350 km. Hampir semua landasan dalam kawasan Malaysia tapi kalau ikut perjanjian yang PM6 sain tahun 2016 ni, Singapura ada hak yang hampir sama dengan Malaysia sedangkan kurang 20 km je landasan dalam negara diaorang.

Kalau tengok perjanjian ni nampak sangat macam kita kena buli. Apa gila, dah la kos paling besar kita yang kena tanggung tapi bila kita nak buat apa-apa semua diaorang kena setuju dulu sampaikan nak tentu lokasi stesen dalam Malaysia pun diaorang kena setuju juga.

Kita minta masuk KLIA diaorang tak setuju sebab takut terjejas Changi sebagai hab penerbangan serantau. Takut Malaysia lagi maju dari negara diaorang dan nak bolot semua untuk diaorang.

Demi kedaulatan negara Kerajaan PM8 telah mengambil langkah berani dan tepat batalkan perjanjian dengan Singapura.

Apa susah lepas ni kita buat je HSR ke Thailand, senang nak makan tomyam ori. Untung-untung lepas tu boleh terus ke China.

Biarlah Singapura dengan kiasu diaorang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: