Bersatu tubuh ‘task force’ banjir, jangka penyertaan lebih 1,000 sukarelawan

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Seramai 1,650 sukarelawan dijangka terlibat dalam ‘task force’ bantuan banjir yang akan digerakkan serta merta ke seluruh negara bagi membantu mangsa banjir, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menerusi kenyataan hari ini, beliau berkata ‘task force’ ditubuhkan parti itu dengan kerjasama agensi berkaitan serta pemimpin tempatan supaya skop bantuan tidak bertindih antara satu sama lain serta dapat diuruskan dengan baik.

“Kehadiran sukarelawan ini kelak akan menjadi jambatan penghubung bantuan dan meringankan beban saudara-saudara kita yang sedang dilanda musibah banjir.

“Saya yakin, jika kita semua ikhlas dalam menghulurkan bantuan ini, ia dapat memberikan sedikit kelegaan dan mengubat kedukaan mangsa,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Selain itu, Ahmad Faizal menyeru semua peringkat kepimpinan Bersatu untuk berusaha dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada aspek bantuan banjir kepada mangsa yang terlibat.

Ketika ini, negeri yang terjejas akibat banjir adalah Johor, Pahang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: