Membawang Akhir Zaman (MAZ): Zahid masih ber-mentor-kan Anwar?

Meletup kejap satu negara apabila Annuar Musa mendedahkan wujud surat pimpinan utama Umno yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM.

Lebih gempar, melalui surat tersebut ia terserlah usaha Zahid-Najib mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Walaupun sudah menjadi Presiden Umno, Zahid Hamidi masih lagi ‘akur’ dan ‘ikut telunjuk’ Anwar Ibrahim yang merupakan bekas boss Zahid semasa beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia semasa Anwar dipecat oleh Mahathir pada 2 September 1998 dulu.

Tindakan itu dilihat sebagai usaha mengheret Umno terlibat dengan gerakan politik melalui ‘gabungan’ PH-Umno. Soal utamanya, apakah keseluruhan ahli Umno sanggup menerima DAP yang telah didoktrinkan sekian lama sebagai musuh politik Umno?

MAZ terbaca komentar Rahim Thamby Chik yang juga secara terang mendedahkan bahawa ada pimpinan Umno yang mengadakan pertemuan sulit dengan DAP dan Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Sebenarnya Umno terheret dalam game individu yang ada kes mahkamah. MAZ digambarkan oleh netizen yang mereka ini digelar sebagai ‘Kluster Mahkamah’. Kita semua tahu Zahid, Najib, Ahmad Maslan ada kes mahkamah. Malah Tajuddin Rahman pun sedang ada isu di Prasarana membabitkan sebuah syarikat kepunyaan keluarga beliau.

Jika pendedahan Annuar Musa ini fitnah, Najib dan Zahid boleh bawa hal ini ke mahkamah. Biar hal ini diadili oleh mahkamah.

MAZ masih hairan dan tertanya, kenapa Zahid masih lagi ‘akur’ dengan Anwar Ibrahim? Parti dia sudah menjadi pemerintah kerajaan, bukan lagi pembangkang macam Anwar dan PKR.

Kau orang rasa berapa ramai yang akan ikut Zahid kalau dia betul-betul melompat ‘join force’ dengan PKR-PH? MAZ tak nampak semua 38 MP Umno akan ikut. Mungkin sebagaimana yang didakwa dan di-spekulasi oleh netizen ada lapan MP Umno yang akan bertindak sedemikian. Masih tak cukup angka untuk Anwar menjadi PM. Kalau campur baru ada 99 MP.

MAZ dikhabarkan juga Warisan dan Pejuang takkan sokong Anwar dan PH apalagi nak bersekongkol dengan Umno. Apakah Zahid sedang menempah jalan maut untuk diri sendiri dan merisikokan Umno?

Kesian MAZ tengok seorang presiden parti seperti Zahid tidak ada keberanian sendiri dan masih ‘bertuankan’ pihak luar!

Terbongkarlah kisah di sebalik retorik angka Anwar Ibrahim yang terus menerus gagal. Yang tertipu adalah penyokong PH dan ahli-ahli PKR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: