Menteri KPKT turun padang, lawat tapak projek Residensi PD

8 Januari, PORT DICKSON: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin hari ini turun padang melawat tapak perumahan Residensi PD di Lukut, Port Dickson.

Beliau bersama deligasi pejabat kementerian tiba di tapak lokasi jam 12:30 tengahari untuk meninjau sendiri tahap kerja-kerja pembinaan yang telah berlangsung.

Projek perumahan Residensi PD adalah sebuah projek perumahan rakyat di bawah PR1MA. Hajah Zuraida turut menerima taklimat daripada wakil PR1MA progres kerja yang telah siap 75 peratus.

Turut hadir di lokasi adalah Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet dan Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Nazree Yunus. Turut serta Exco Kerajaan Negeri Sembilan, YB Teo Kok Seong.

Ini adalah lawatan pertama Hajah Zuraida ke tapak Residensi PD sejak projek ini menjadi isu aduan pembeli-pembeli yang pernah disiarkan oleh media.

Malah Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet pernah turun tapak bagi menyiasat aduan pembeli-pembeli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: