Giliran Port Dickson Terima Limpahan Kesejahteraan KPKT

8 Januari, PORT DICKSON: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin telah melakukan lawatan kerja sehari ke Port Dickson.

Beliau bersama deligasi pengurusan kanan KPKT telah turun padang lawatan ke tapak projek PR1MA Residensi Port Dickson, ‘Meet dan Greet’ bersama pembeli Residensi Port Dickson, taklimat oleh MPPD berkaitan hala tuju pembangunan di Port Dickson, mesyuarat bersama Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Negeri Sembilan, penyerahan pelitup muka fabrik di pejabat MPPD dan meninjau lokasi runtuhan cerunan di Taman Desa Rusa.

Hajah Zuraida mengumumkan peruntukan kepada Majlis Perbandaran Port Dickson sejumlah RM1.9 juta bagi membaiki kawasan riadah, gerai, kawasan pantai dan kemudahan awam bagi 11 pantai peranginan di Port Dickson.

Selain itu, KPKT juga turut memperuntukkan RM6.5 juta bagi membaikpulih kawasan cerun yang runtuh di Taman Desa PD sejak September tahun lalu.

Manakala projek PR1MA Residensi Port Dickson sebanyak 659 unit dijangka siap pada 30 Jun 2021 selepas YB Menteri mengadakan pertemuan dengan pembeli dan pemaju Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang terbengkalai akibat wabak Covid-19.

Penyelaras KPKT Kepada Menteri Untuk Negeri Sembilan, Rosman Jonet dan Pengerusi Penggerak Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Hajah Zuraida Kamaruddin dan rombongan dari KPKT ke Port Dickson dan meluluskan peruntukan kepada MPPD.

Peruntukan KPKT ini pastinya akan membantu MPPD untuk merancakkan lagi aktiviti pelancongan serta menambahbaik kemudahan prasarana untuk rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: