Limpahan Kesejahteraan Rakyat Melangkaui Sempadan Politik

Jutaan terima kasih buat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin dan delegasi Pejabat Menteri KPKT atas lawatan kerja ke Port Dickson pada 8 Januari 2021.

Saya selaku Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan dan mewakili kepimpinan Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan melahirkan rasa penghargaan kehadiran YB Hajah Zuraida Kamaruddin yang turun sendiri melawat lokasi projek perumahan PRIMA Residensi Port Dickson bagi melihat progres kerja-kerja projek tersebut. Beliau turut berkesempatan mendengar masalah pembeli-pembeli Residensi PD melalui sesi khas yang dianjurkan oleh PRIMA.

Sesi tersebut berjalan dengan lancar dan YB Hajah Zuraida Kamaruddin telah berjaya menyakinkan para pembeli bahawa projek perumahan Residensi PD akan siap pada 30 Jun 2021. Pertemuan empat mata tersebut telah memberi harapan positif kepada pembeli-pembeli Residensi PD.

Langkah kanan buat Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) apabila menerima limpahan kesejahteraan melalui peruntukan yang diumumkan dan diluluskan oleh YB Hajah Zuraida Kamaruddin sejumlah RM1.9 juta bagi kerja-kerja awal penambahbaikan prasarana 11 pantai peranginan Port Dickson dan RM6.5 juta bagi pembinaan cerunan yang runtuh di Taman Desa Rusa, Bagan Pinang.

Lawatan kerja Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini secara langsung mengukuhkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri termasuk PBT bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat di Port Dickson.

ROSMAN JONET
Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan,
Timbalan Pengerusi Penggerak Komuniti Negeri Sembilan,
Pengerusi Penggerak Komuniti Port Dickson.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: