Penggerak Gopeng gotong royong bersih rumah warga emas

10 Januari, GOPENG: Penggerak Komuniti Negara (PKN) Gopeng meneruskan momentum gerak kerja kemasyarakatan di Dun Teja melalui kerja gotong royong membersihkan halaman rumah kampung seorang warga emas di Kampung Pulai, Gopeng.

Warga emas tersebut, Makcik Yah 63 tahun yang hidup bersendirian terpaksa menumpang di sebuah rumah usang sudah lebih 10 tahun lalu.

Keadaan begitu menyedihkan dengan tempat tidur beliau hanya berlandaskan cadar tilam nipis dan berbantalkan kusyen lusuh.

Hampir setiap bahagian dalam rumah akan basah jika hari hujan akibat bumbung yang bocor dan Makcik Yah terpaksa berganjak beberapa kali bagi mengelak dibasahi air ketika tidur.

Penggerak Gopeng telah memulakan inisiatif gotong royong dengan beberapa ahli turun membantu yang diketuai oleh Pengerusinya Azwan Ramli. Sumbangan barangan keperluan turut disampaikan kepada Makcik Yah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: