Teori Kamal Hatta: Kluster Mahkamah Umno gila nak PRU15!

Betul tak ada muhasabah diri langsung puak Kluster Mahkamah Umno ni, rupanya Ahmad Maslan dilantik sebagai setiausaha Umno dan BN supaya dia boleh jadi ‘speaker besar’ Zahid-Najib. Sejak naik darjat, dia galak keluar kenyataan gesa bubar parlimen dan segera buat PRU15.

Ini memang gila kuasa bai! Tak sedar diri Allah dah beri peluang balik berkuasa selepas 22 bulan jadi pembangkang. Bak kata Hishamuddin Hussein, Umno perlu ambik ikhtibar kekalahan besar PRU14 dulu.

Najib pulak kata sejak era Perikatan dan Barisan Nasional, Umno memimpin kerajaan bukannya dipimpin. Ada baghal jugak dia ni! Dah tentulah ‘goverment of the day’ ditunjangi Bersatu & Perikatan Nasional. Umno asalnya sepakat ‘en-block’ atau satu jemaah sokong bentuk kerajaan Perikatan Nasional. Apa ke hal Najib jadi bengong ni? Dia, Zahid & Ahmad Maslan nak lepas diri daripada kes mahkamah.

Langkah bubar parlimen dan segera buat PRU15 adalah jalan akhir mereka ni nak selamatkan tengkok masing-masing. Benda camni rakyat tak bodoh. Boleh baca move mementingkan diri sendiri kluster mahkamah Umno.

Hari ini (12 Januari 2021) Agong sudah perkenan isytiharkan darurat. Tapi tak ada perintah berkurung macam zaman darurat 1948-1970 dulu. Lu orang masih boleh bergerak dan ekonomi berjalan macam biasa cuma parlimen tak bersidang dan pilihan raya tak boleh buat.

Padanlah muka Zahid, Najib dan Ahmad Maslan kena game. Rakyat bersungguh-sungguh nak lawan Covid-19, kau orang gila macam Anwar Ibrahim nak jatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Ini bukan soal mempertahankan kuasa, tapi ini isu keselamatan dalam negeri sebab kes covid mencanak naik empat angka tak surut-surut sejak Oktober 2020 sampai yang latest ni. Kluster Mahkamah Umno ni memang dah hilang semangat patriotik.

Elok disumbat kluster mahkamah Umno ni sekali dengan Anwar Ibrahim ke Penjara Sungai Buloh. Baru aman politik Malaysia daripada huru hara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: