Fenomena Air Pasang: 41 mangsa dipindahkan di Kudat

KOTA KINABALU, 14 Jan — Seramai 41 mangsa daripada lapan keluarga di Kudat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan fenomena air pasang besar dan ombak tinggi melanda kampung di pesisir pantai itu, semalam.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, mereka yang merupakan penduduk kampung Sri Aman dan Tanjung Kapor ditempatkan di PPS Dewan Arena Belia dan Sukan Kudat yang dibuka pada 11 malam tadi.

“Air pasang berada pada paras bahaya dan anggota daripada agensi terlibat memberi nasihat kepada penduduk kampung agar mengambil langkah berjaga-jaga kerana air pasang yang tinggi dan berbahaya,” demikian menurut kenyataan itu.

Situasi air pasang besar di Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu

Fenomena itu turut menyebabkan dua rumah roboh sementara lima lagi hampir tumbang apabila air pasang besar mula naik pada 8.30 malam dan melebihi paras bahaya.

Sementara itu di Kota Kinabalu, air pasang besar diikuti angin kencang menyebabkan ombak membadai kawasan Pantai Tanjung Lipat sekitar 7 malam namun surut pada 11.50 malam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: