Membawang Akhir Zaman (MAZ): Profesionalisme Zuraida & PRIMA selesai isu Residensi Port Dickson

Hujung tahun 2019 dulu, heboh dan kecoh apabila sekumpulan pembeli projek perumahan PRIMA Residensi Port Dickson membuat aduan kepada media kerana rumah tak siap.

Itu hak mereka untuk menyuarakan kegusaran dan permasalahan yang dihadapi apabila melihat rumah idaman yang dibeli ‘terbengkalai’.

Kumpulan pembeli ini gigih menyuarakan isu-isu berkaitan melalui pelbagai saluran media dan sosial media.

Akibatnya, kemarahan pembeli-pembeli ini tak terbendung sehingga ada yang melontarkan komen berkaitan isu Residensi Port Dickson ini dalam setiap posting Menteri KPKT di sosial media.

MAZ tau Hajah Zuraida Kamaruddin seorang yang peka isu-isu begini. Dia takkan biarkan sesuatu hal begini merosakkan komunikasi dengan rakyat.

Setelah setahun berlalu, akhirnya Hajah Zuraida sendiri turun padang pada 9 Januari 2021 ke lokasi projek Residensi Port Dickson.

Ada kawan-kawan media beritahu MAZ sebelum menteri sampai ke lokasi, mereka didatangi oleh seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai salah seorang pembeli perumahan ini. Mula-mula brader ini nampak cool, kemudian selepas melayan menjawab soalan-soalan dia, kawan-kawan MAZ terkejut apabila brader ini terus melenting emosi masuk isu tak berkaitan dengan hal projek. Tapi kawan-kawan MAZ pun steady, jawab balas dengan tenang dan minta brader ini pergi ke sebuah hotel untuk sesi pertemuan antara menteri dengan pembeli-pembeli.

Kita semua manusia memang ada kelemahan, apabila kita tak melihat sesuatu isu secara menyeluruh takkan jumpa punca dan jawapan sebenar.

Memang benar semasa tengok dan lihat keadaan tapak projek, masih ada rumah yang belum siap dan masih tak lengkap.

MAZ pendekkan cerita, supaya kau orang tak letih baca panjang-panjang. Terus ke sesi pertemuan empat mata antara menteri dengan pembeli-pembeli.

Mula-mula MAZ terbayang, mesti sesi ini akan panas dan emosi. Rupanya berlaku di sebaliknya. Tenang dan sempoi je Hajah Zuraida layan kumpulan pembeli yang hadir.

Kisah sebenarnya, kebanyakan pembeli terkeliru dengan papan tanda (signboard) projek Residensi Port Dickson yang dipasang depan pintu masuk kawasan pembinaan kerana ‘perubahan’ tarikh siap projek. Menurut wakil PR1MA yang hadir, signboard itu hanya sebagai penunjuk bahawa PRIMA mendapat lesen kebenaran beroperasi untuk menjalankan projek melalui kelulusan Majlis Perbandaran Port Dickson. Jelas kakak PRIMA itu lagi, itu syarat wajib untuk mana-mana syarikat pembinaan menaikkan signboard projek yang mendapat kelulusan PBT.

Hajah Zuraida pun menyambung penjelasan, tiap pembeli perlu berpegang kepada dokumen SNP (surat perjanjian jual beli) yang ditandangani pertengahan tahun 2018 dulu. Jelas dia lagi, tiap SNP yang ditandangani, maka tempoh 24 bulan daripada tarikh SNP ditandangani projek akan siap. 24 bulan bersamaan 2 tahun.

Maknanya daripada April 2018, tempoh 24 bulan siap pembinaan adalah pada April 2020. Tetapi sebab berlakunya PKP bermula 18 Mac 2020, waktu itu sebarang aktiviti pembinaan tidak dibenarkan melalui peraturan perintah PKP selama tempoh 167 hari. Itu sebab projek pembinaan Residensi Port Dickson tak dijalankan dalam tempoh tersebut.

Selepas tempoh itu berakhir, projek disambung semula dan PRIMA dah lantik kontraktor baru untuk meneruskan projek. Kata Hajah Zuraida lagi, projek dah siap 75 peratus. Kalau pemaju tak siapkan baki yang ada, dah tentu kerugian besar ditanggung oleh pemaju. Secara logik, mereka tak buat begitu.

Hajah Zuraida juga menyatakan projek akan siap 30 Jun 2021. Ada juga pembeli yang tanya kemampuan pemaju untuk menyiapkan projek ikut tarikh. Hajah Zuraida selamba jawab, PRIMA sudah lantik kontraktor yang telah memulakan kerja dengan pekerja seramai 300 orang.

Semasa sesi itu juga, Hajah Zuraida telah mencadangkan nama seorang pembeli sebagai wakil kumpulan pembeli untuk memudahkan komunikasi antara PRIMA dengan para pembeli, kemudian telah dilantik secara sebulat suara.

MAZ lihat tahap professional Hajah Zuraida dan PRIMA menanggani isu. Pembeli-pembeli juga dapat penjelasan dan ditenangkan.

Pedoman untuk MAZ juga dan kawan-kawan di luar sana, sebelum tandatangan sesuatu dokumen, kena teliti syarat-syarat terkandung. Perlu tau hak sebagai pembeli dan ringan mulut untuk bertanya dengan peguam atau wakil peguam yang berurusan dengan dokumentasi berkaitan sebab penting tak timbul kekeliruan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: