PN Johor adakan mesyuarat pertama dengan fokus kebajikan rakyat

JOHOR BAHRU, 15 Jan — Perikatan Nasional (PN) Johor hari ini mengadakan mesyuarat pertama dengan memfokuskan perbincangan kepada hal berkaitan kebajikan rakyat Johor.

Setiausaha Badan Perhubungan PN Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata mesyuarat secara maya itu dipengerusikan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PN Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata mesyuarat itu turut disertai Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin yang dilantik sebagai Naib Pengerusi PN Johor.

Dr Sahruddin berkata Muhyiddin pada mesyuarat terbabit menegaskan kepada semua pimpinan PN Johor supaya terus fokus dalam membantu rakyat.

Selain itu, Senator Nasir Hashim juga dilantik sebagai Naib Pengerusi PN Johor; Ahmad Al Johari Mohd Yusof (Penolong Setiausaha); Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (Bendahari); Khairul Faizi Ahmad Kamil (Ketua Penerangan); Azlinda Abd Latif (Ketua Wanita) dan Ahmad Nawfal Mahfodz (Ketua Pemuda).

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: