πˆππ“πˆππ€π“πˆ ππ„ππ†π”πŒπ”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŒπ„ππ†π„ππ€πˆ ππ€πŠπ„π‰ 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 πŠπ‡π€π’

18 Januari, PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umum Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.

Intipati-intipati PERMAI adalah;

πŸ“ŒSebanyak 22 inisiatif di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama

πŸ“ŒKerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari

πŸ“ŒPemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini

πŸ“ŒKetelusan perolehan vaksin, Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama melalui J/kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19

πŸ“ŒKerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta

πŸ“ŒHospital swasta setuju terima, rawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu

πŸ“ŒJawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam putuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan

πŸ“ŒMoratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini

πŸ“ŒiSinar – Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini

πŸ“ŒJKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak

πŸ“ŒPelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021

πŸ“ŒBayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan

πŸ“ŒPemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April

πŸ“ŒPTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac

πŸ“ŒProgram Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor

πŸ“ŒBantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: