Bomba Malaysia wujud saluran TV Digital, ‘Bomba Channel’
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mempunyai saluran TV Digital mereka sendiri iaitu ‘Bomba Channel”
Saluran Bomba Channel ini akan menjadi satu platform dalam perkongsian segala berita terkini yang berlaku di dalam JBPM.
Antara pengisian yang akan dapat ditonton di dalam saluran tersebut ialah berita terkini, info JBPM, perkongsian ilmiah, tips keselamatan, hal ehwal kebajikan, laporan insiden dan banyak lagi.
Aplikasi Bomba Channel ini boleh di muat turun di PLAYSTORE dan APPSTORE apabila ianya dilancarkan secara rasmi nanti.