PAS mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU-15

KUALA LUMPUR, 19 Jan  — PAS mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional ‘bergabung’ semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata ini disebabkan ketika ini tiada satu parti yang kuat dan stabil boleh memerintah dengan sendiri tanpa gabungan parti lain bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU15.

“Kita (PAS) berharap dua (parti) ini (UMNO dan Bersatu) bergabung. Tiada parti yang boleh menang sendiri dalam PRU15,”katanya ketika menjadi tetamu dalam talian rancangan Bicara Negarawan anjuran Majlis Porfesor Negara dengan tajuk Masa Depan Malaysia; Ke Mana Kita? hari ini.

“Kita utamakan parti gabungan orang Melayu dahulu supaya kepimpinan Islam itu dapat diwujudkan dengan kuat dan pada masa sama juga melibatkan masyarakat majmuk. Sekiranya orang Melayu berpecah, akan berlaku kecelaruan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: