Menteri Luar sertai Mesyuarat Menteri-menteri Dialog Kerjasama Asia ke-17 hari ini

KUALA LUMPUR, 21 Jan — Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaffar akan menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Dialog Kerjasama Asia (ACD) ke-17 secara maya, bermula 3 petang, hari ini.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat yang bertemakan ‘The New Normal and Safe and Healthy Tourism’ akan membincangkan pelbagai isu serantau, terutamanya berkaitan impak COVID-19 terhadap sektor pelancongan dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membangunkan semula industri pelancongan.

“Mesyuarat juga akan memperakukan Deklarasi Ankara bagi merealisasikan aspirasi dan komitmen negara anggota ACD untuk menjadikan Asia sebagai rantau yang maju dan berdaya tahan.

“Malaysia akan sentiasa bekerjasama dengan negara anggota ACD dalam meningkatkan lagi kerjasama dan mewujudkan komuniti Asia yang mampan,” menurut kenyataan itu.

Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu yang juga pengerusi ACD 2019-2021.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: