TOLAK RANCANGAN JAHAT, MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA REPUBLIK

oleh Abdul Wahab Ibrahim

Lewat kebelakangan begitu ramai ahli politik yang memberi respon terhadap Proklamasi Darurat COVID19 yang diistiharkan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yasin, Perdana Menteri Malaysia setelah mendapat perkenan Paduka Tuanku DYMM YDPA.

Sayugia diingatkan kepada ahli ahli politik bahawa Prinsip Rukun Negara perlu difahami dan dihayati sewaktu membuat saranan saranan yang melibatkan kepentingan Negara dan Rakyat.

Di manakah penghayatan mereka terhadap dua prinsip Rukun Negara, “Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara,” & “ Keluhuran Perlembagaan”?

Justeru itu, ahli ahli politik wajar meletakkan keutamaan dan kepentingan Negara sebagai tanggungjawab sebagai warganegara.

Keghairahan ahli ahli politik terus menjadikan Proklamasi Darurat COVID19 sebagai isu politik adalah amat menyedihkan sekali kerana ianya menjadi perlambangan segelintir dari mereka membawa gagasan ingin menolak Institusi Diraja sebagai “Demokrasi Berparlimen RajaBerperlembagaan.”

Dalam erti kata lain, ahli ahli politik berterusan mendorong rakyat untuk menderhaka terhadap YDPA. Saya ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menolak gagasan jahat yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Republik. Kita mestilah mempertahankan Perlembagaan Malaysia serta Institusi Diraja yang menjadi payung mahkota
rakyat.

Kita tolak ahli ahli politik durjana yang menjadikan rakyat sebagai modal politik peribadi dan keluarga. Moga Rakyat Malaysia terus berdiri teguh dibelakang serta menyokong dan mendokong penuh kepimpinan YAB Tan Sri Muhyidin Yasin, Perdana Menteri dan barisan kabinet yang istiqamah menangani cabaran Wabak COVID19 serta memacukan ekonomi negara ke tahap yang memberangsangkan.

Abdul Wahab Ibrahim merupakan Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Melaka dan mantan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: