HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI PULA TERSORONG SORONG, APA LAGI YANG ANWAR MAHU?

oleh Abdul Wahab Ibrahim

Setelah Anwar Ibrahim memulakan gerakan memperdayakan semua ahli parlimen blok pembangkang bagi mempersembahkan “Warkah Sembah Durhaka” kepada YDPA berhubung dengan Proklamasi Darurat COVID19 yang telah menerima perkenan Baginda YDPA, kini beliau membuat lagi satu gerakan dengan menamakan tiga Ahli Parlimen bagi menganggotai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

Kelihatan Anwar Ibrahim semakin keliru dan celaru, di satu sisi gelap beliau membantah dengan keras dengan memberi andaian negatif bagi tujuan dan maksud Proklamasi Darurat Covid19 yang telah mendapat perkenan YDPA.

Sisi yang lain pula beliau bersetuju untuk menduduki jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional dengan menamakan tiga ahli parlimen dari Pakatan Harapan.

Jika beliau membantah proklamasi darurat apa perlunya untuk turut mengambil bahagian di dalam jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan dimana beliau sendiri tidak bersetuju.

Krisis identiti ini banyak sangat mewarnai sikap dan tingkah laku Anwar Ibrahim, yang pastinya beliau lebih banyak dibayang bayangi warna hitam kegelapan. Sikap inilah yang
menyebabkan kegagalan Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU 12 dan PRU13.

Apabila beliau melihat sirna cahaya di hujung terowong, beliau bertindak memadamkan api lilin yang dibawa
sebagai penerang di jalan perjuangan.
Secara tidak langsung, ini bakal menghakis sokongan rakyat terhadap beliau. Kekerapan memainkan isu politik terutama jawatan Perdana Menteri sangatlah membosankan rakyat.

Sewaktu wabak COVID19, pemimpin wajar memainkan peranan keazaman dan kesungguhan untuk membantu meringankan beban dan tekanan yang dilalui sekarang ini.

Mujur PKP dikuatkuasakan, jika tidak harus beliau bersama penyokong dan pendokong akan berleluasa berhimpun bagi mengangkat agenda peribadi beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Sayugia diingatkan hari ini terdapat tiga calon bakal Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, Datuk Shafie Afdal dan beliau sendiri.

Justeru itu, Anwar Ibrahim perlu menyedari bahawa beliau tidak mendapat sokongan sepenuhnya bagi mencapai hasrat dan impian untuk menjadi Perdana Menteri. Walaupun cita-cita dan impian menjadi Perdana Menteri bukanlah satu kesalahan jenayah.

Namun usaha untuk ke arah itu haruslah mencermin sikap sebagai seorang yang matang dan bijaksana serta tenang dan sebagai seorang politikus kononya digelar sebagai “Muslim Democrat” Anwar Ibrahim mestilah mempotretkan dirinya sesuai dengan gelaran tersebut.

Perancangan Allah SWT adalah yang
terbaik maka YAB Tan Sri Muhyidin Yasin dilantik untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan. Malangnya segala ungkapan dan ucapan beliau sehingga hari ini adalah semata mata retorik demi memuaskan nafsu rakus dan tamak haloba.

Anwar Ibrahim juga mestilah tidak memperjudikan rakyat demi ingin merealisasikan cita-cita peribadi. Dua Timbalan Perdana Menteri sewaktu Tun Dr Mahathir juga telah dipecat, mereka juga membuat tuntutan untuk jawatan Perdana Menteri namun keutamaan dan kepentingan rakyat adalah sangat sangat utama dari jawatan, mereka terus menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa.

Hari ini, rakyat lebih menyakini Kerajaan Perikatan Nasional mengemudi pentadbiran negara
dimana agenda “Demi Kesejahteraan Rakyat” adalah diberi keutamaan dari melayani kerenah politikus durjana yang suka membuat perjanjian gelap di sini sana.

Tidak tahulah untuk melabelkan sebagai kurang bijak atau bodoh, hakikatnya tindakan Anwar Ibrahim lebih banyak mencetuskan polemik dari membantu rakyat menghadapi suasana muram Wabak COVID19 di Malaysia.

Apa pun justifikasi yang akan dilontarkan kepada rakyat selepas ini adalah mencerminkan agenda peribadi beliau untuk terus menjadi Perdana Menteri biarpun rakyat bakal menjadi korban.

Ayuh rakyat Malaysia, kita tolak politikus durjana yang kerap menimbulkan huru hara dari membina suasana harmoni aman damai untuk rakyat mejalani kehidupan dengan selesa

Abdul Wahab Ibrahim adalah Pengerusi Penggerak Negeri Melaka dan mantan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: