Bomba selamatkan RM13 bilion harta tahun 2020

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mencatat pencapaian membanggakan dengan taksiran harta yang berjaya diselamatkan akibat kebakaran bernilai RM13 bilion sepanjang tahun lepas, berbanding RM48 bilion pada 2019.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, penurunan drastik sebanyak 72.9 peratus itu disebabkan bilangan panggilan kes kebakaran yang rendah semasa pandemik Covid-19 melanda negara.

“Perkembangan positif ini turut dicatatkan dalam pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Response Time di bawah 10 minit iaitu meningkat sebanyak 5.97 peratus, daripada 53.12 peratus pada 2019 kepada 59.0 peratus pada 2020.

“Disusuli pula pencapaian National Average Response Time pada 11.59 minit iaitu meningkat sebanyak 18 peratus berbanding 14.14 minit pada 2019,” katanya dalam Perutusan Tahunan 2021 JBPM pada Jumaat.

Beliau juga berkata, sepanjang 2020, JBPM menerima 124,596 panggilan kecemasan meliputi 71,588 atau 57.4 peratus kes penyelamatan, kes kebakaran (38,865 atau 31.2 peratus) dan tugas-tugas khas (13,903 atau 11.2 peratus).

“Berbanding 117,065 panggilan kecemasan pada 2019, terdapat peningkatan 6.4 peratus panggilan kecemasan pada 2020. Selain itu, 118 kematian akibat kebakaran dan 198 kematian kerana lemas dicatat tahun lepas, penurunan berbanding 121 kematian akibat kebakaran dan 232 kematian ekoran lemas pada 2019,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 88.02 peratus premis memiiki Sijil Perakuan Bomba dan 12,400 premis dibuat pemeriksaan penghapusan kebakaran sepanjang 2020.

Mohammad Hamdan berkata, sejak Covid-19 dikesan pada Februari hingga 31 Disember tahun lepas, JBPM terlibat melaksanakan 17,585 operasi berkaitan pandemik itu.

“Operasi merangkumi tujuh misi bantuan kemanusiaan dan bencana iaitu 1,375 pemindahan mangsa, 65 disinfeksi kawasan ‘epicentre’ atau disinfeksi Pesakit Dalam Siasatan (PUI) dan Pesakit Dalam Pemantauan (PUS), 13,220 sanitasi awam, tiga bantuan pengurusan jenazah, 214 pemeriksaan keselamatan kebakaran stesen kuarantin dan lain-lain 2,701,” katanya.

Beliau berkata, 55 anggota bomba disahkan positif Covid-19 hingga kini manakala seorang pegawai bomba meninggal dunia akibat penyakit itu pada tahun lepas.

Mohammad Hamdan berkata, bagi 2021, sebanyak RM169 juta diluluskan bagi sambungan projek dan projek baharu termasuk pembinaan empat balai bomba, dua kuarters serta masing-masing sebuah ibu pejabat negeri dan pangkalan udara.

Katanya, pembinaan pangkalan udara di Subang dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini dan dijadual beroperasi pada 2024. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: