Rumah setinggan musnah terbakar

KUALA SELANGOR – Sebuah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Abdullah Sasaran di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 pagi.

Menurutnya, seramai lapan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor kemudian bergegas ke tempat kejadian.

Sebaik tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah setinggan kelas C musnah 100 peratus,” katanya.

Beliau memberitahu, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu dan kebakaran dapat dikawal pada jam 7.05 pagi.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. SH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: