Wuhan kembali sediakala selepas setahun

PADA 23 Januari 2020, dunia pertama kali menyaksikan langkah lockdown dilaksanakan di Wuhan selepas ibu kota wilayah Hubei di China itu dipercayai menjadi pusat wabak Covid-19.

Pada ketika itu, masyarakat antarabangsa turut terkejut dengan sekatan ketat termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal selama 76 hari yang dikuatkuasakan terhadap kira-kira 11 juta penduduk yang dilakukan dua hari menjelang sambutan Tahun Baru China.

Bandar itu ditutup sepenuhnya sehingga Jun 2020 bagi membendung penularan wabak tersebut dan terbukti kaedah lockdown berjaya mendatarkan keluk jangkitan.

“Saya rasa Wuhan sudah agak selamat ketika ini berbanding wilayah lain,” kata Wang Yizhe, 21.

Ketika ini, beberapa wilayah di China berdepan lonjakan kes jangkitan hingga memaksa pelaksanaan semula langkah lockdown.

Pihak berkuasa kesihatan kini memberi tumpuan di kawasan timur laut Beijing selepas dianggarkan 19 juta penduduk di bandar Shijiazhuang dan wilayah Hebei, Jilin serta Heilongjiang berdepan sekatan ketat tersebut.

Pandemik itu dan langkah lockdown secara berkala telah memberi impak besar kepada ekonomi negara terbabit yang turut menyaksikan jutaan rakyatnya kehilangan pekerjaan dan pertumbuhan paling perlahan dalam tempoh lebih empat dekad.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan pakar antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyertai misi untuk menyiasat asal-usul Covid-19 masih menjalani kuarantin di hotel penginapan mereka.

“Kami sudah membuat hipotesis. Namun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dari mana virus itu bermula sama ada di China atau tidak,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan. – Agensi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: