SOKONGAN ZAHID HAMIDI SEBAGAI BALAS BUDI

oleh Abdul Wahab Ibrahim

Umumnya rakyat Malaysia mengetahui dan mengenali Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO merupakan anak didik Anwar Ibrahim. Beliau menjadi jurucakap Anwar Ibrahim untuk mengkritik Tun Dr. M sewaktu Perhimpunan Agung UMNO dilangsungkan dan Tun Dr. Mahathir masih lagi menjadi Presiden ketika itu.

Anwar Ibrahim seperti lazimnya akan mencari kambing hitam bagi mencapai maksud dan tujuannya. Malangnya Ahmad Zahid Hamidi tidak bertahan dalam mempertahankan nasib Anwar Ibrahim yang menjadi korban politik dan beliau membuat pusingan 360 darjah kembali menyokong Tun Dr Mahathir demi jawatan dan kuasa.

Namun begitu, Anwar Ibrahim sentiasa akan ada perjanjian gelap tanpa pengetahuan sesiapa untuk terus kekal relevan di lanskap politik negara dan tidak mustahil mereka berjanji baiah sebagai anak buah dan ketua.

Bukanlah sesuatu yang pelik dan hairan apabila Ahmad Zahid Hamidi memulakan gerakan untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri di saat ini tiada lain melainkan sebagai membalas budi di atas pengorbanan Anwar Ibrahim yang dipenjarakan.

Anwar Ibrahim tidak melihat kelemahan Zahid Hamidi yang tidak upaya memimpin UMNO di mana satu ketika dulu bercuti sebagai Presiden UMNO. Apabila Zahid Hamidi terhidu ada gerakan menolaknya sebagai Presiden UMNO maka dengan segera beliau kembali memegang jawatan Presiden UMNO yang saya kira mempunyai strategi bersama Anwar Ibrahim.

Sepertimana Anwar Ibrahim juga apabila calon kesayangan dan juga merupakan anak angkat beliau Rafizi Ramli tewas sebagai Timbalan Presiden PKR maka dengan segera gerombolan mereka membuat gerakan menyingkirkan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR yang dipilih oleh anggota.

Setelah berkhidmat dan berbakti kepada Anwar Ibrahim kurang lebih selama 35 tahun, Azmin Ali dikhianati akibat peranan Si Kitol, Raja Mendeliar dan Pateh Karma Wijaya yang berada di sekeliling Anwar Ibrahim.

Kisah masyhur ini di dalam Sejarah Kesultanan Melayu Melaka telah diangkat menjadi tema ucapan di Kongres Keadilan Rakyat pada tahun 2018 di Melaka. Hampir semua ucapan perwakilan dan juga MPP menjurus kepada menyerang Azmin Ali dari semua sudut dan melabelkan sebagai Si Kitol. Ternyata pada waktu itu, Azmin Ali bukanlah rakan sepasukan Presiden di dalam tadbir urus PKR yang ketika itu memimpin PH.

Akibat buta perut dan mata hati, Anwar Ibrahim gagal menyedari bahawa kegagalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri bukanlah disebabkan “Langkah Sheraton”. Anwar Ibrahim juga lupa beliau dimasukkan kembali ke penjara akibat nasihat tentang “Langkah Kajang”.

Dua langkah ini telah menjadi catatan sejarah yang mempamerkan betapa agenda peribadi dijadikan hala tuju perjuangan rakyat.

Lalu apakah jalan keluar dari kemelut ini setelah 2 kali kegagalan strategi untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?

Pada hemat saya Anwar Ibrahim melihat peluang perlu digunakan adalah menerusi anak didik beliau yang kini adalah merupakan Presiden UMNO.

Justeru itu, surat sokongan dari Presiden UMNO untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukanlah kerana UMNO mahukan tetapi lebih kepada tindakan balas budi sebagai hubungan peribadi.

Mana mana organisasi ditadbir mengikut jawatan kuasa yang sedia ada bukannya autokratik sepertimana Anwar Ibrahim, dikhalayak beliau akan nyatakan tentang konsesus, hakikatnya agenda peribadi beliau akan menjadi teras perlu diangkat dan diterjemahkan ke medan perjuangan. Ini berbeza dengan Presiden UMNO yang lemah dan tidak kompeten untuk menyakinkan ahli ahlinya kerana diri sendiri sudah terpalit dengan hampir 85 pertuduhan yang didakwa di mahkamah.

Apakah Zahid Hamidi melihat Anwar Ibrahim sebagai pohon yang rendang untuk berteduh atau sebatang dahan yang kukuh untuk berpaut?

Jawapannya adalah ya kerana Anwar Ibrahim adalah “Big Boss” atau Pak Syeikh nickname yang famous. Bukan ajaib jika mereka saling berkerjasama pada titik persamaan yang sama untuk membebaskan diri dari isu isu peribadi yang sering dilaporkan oleh media masa.

Politikus sentiasa mencipta jalan keluar dengan menuding jari dan mempalitkan kesalahan peribadi
mereka kepada orang lain terutamanya mereka yang punya hubungan rapat.

Bagi saya, Asal Taja yang salah akan mendapatkan keputusan yang salah juga. Di sarankan untuk Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim untuk menyelidiki dan siasat mereka berkeliling kelalang dan bermain jongkang jongket di istana agar tidak menjadi Si Kitol, Raja Mendeliar dan
Pateh Karma Wijaya moden.

Abdul Wahab Ibrahim adalah Pengerusi Penggerak Negeri Melaka dan mantan Reformis 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: