Selangor kekal catat kes positif harian tertinggi
26 Januari: Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes positif Covid-19 harian tertinggi hari ini dengan 1,295 kes daripada 3,585 kes positif harian negara.
Kuala Lumpur pula mencatat kes positif harian kedua tertinggi dengan 610 kes, diikuti Johor (516), Sabah (303), Sarawak (205), Negeri Sembilan (129) dan Pulau Pinang (104).

Negeri-negeri yang mencatat bawah 100 kes positif harian adalah Melaka dengan 92 kes, diikuti Kedah (889, Kelantan (76), Terengganu (76), Perak (58), Pahang (15) dan Putrajaya (15).
Dua negeri mencatat kes positif satu angka iaitu Perlis dengan 2 kes dan Labuan, satu kes.
Hari ini juga turut mencatat kes sembuh tinggi melebihi angka kes positif harian iaitu 4,076 kes bersamaan kadar sembuh 78.3 peratus. PPI