Teori Kamal Hatta: Anwar derhaka kepada Agong?

Aku tak tau nak cakap dengan move terkini Anwar. Terang-terangan dia ni tahap terdesak sangat nak jadi PM. Konon ayat dia nak saman Muhyiddin sebab Proklamasi Darurat Covid-19 dan bawa ke Mahkamah Tinggi untuk semak keputusan isytiharkan darurat ni. Bahasa mudah dia nak cabar Perisytiharan Darurat yang diperkenankan YDP Agong.

Pandai guna perkataan saman PM tapi sebenarnya dia nak hasut rakyat lawan kerajaan dan Agong.

Sudah-sudahlah nak heret rakyat Malaysia dengan agenda peribadi. Muak dah 20 tahun politik Malaysia ni asyik berkisahkan Anwar Ibrahim. Muak, meluat dan bosan. Tak ada sebarang kemajuan pun. Makin berpecah belah ada.

Tiap dekad sejak dia dipecat daripada kerajaan 2 September 1998 macam-macam move dibuat. Hakikatnya sejak 1998 sampai sekarang adalah pertembungan politik peribadi Anwar-Mahathir. Dah macam Clark Kent vs Lex Luthor.

Aku harap dua-dua manusia ni bersara politik. Berhenti menyusahkan rakyat. Kau orang berdua ni yang menjadikan keadaan politik Malaysia kalut.

Aku sebut dan ulang lagi hal ni, Anwar Ibrahim sejak jadi Presiden PKR telah menyebabkan parti tersebut huru hara dan berpecah teruk. Dia tak ada karisma politik menyatupadu proksi-proksi dalam PKR. Anwar lebih autokratik, dia amal gaya kepimpinan diktaktor walaupun dia menafikan.

Jangan mimpi dia akan jadi ‘dewa penyelamat’ untuk Malaysia. Ini karut dan tahyul politik yang direkacipta para pengampu dan KUPAI (kumpulan pembodek anwar ibrahim). Macamlah dia saja yang boleh mensejahterakan negara ni. Memang benar sistem demokrasi memerlukan pembangkang yang progresif tetapi bukanlah Anwar.

Aku teringat semasa Najib Razak sebagai Presiden Umno dulu, tak silap aku tahun 2016 dia pecat Muhyiddin Yassin, Mukriz Mahathir dan Tun M. Shafie Afdal cerdik keluar dulu. Lepas tu terus merundum nasib Najib dan Umno semasa PRU-14 tahun 2018.

Anwar pulak pecat Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin 26 Febuari 2020. Ketika dua-dua orang kuat PKR ini dipecat, mereka sudah bertaraf menteri bukan sekadar penjawat kepimpinan kanan PKR. Pasti akan ada suwey bakal menimpa Anwar apabila dia mula memecat pimpinan parti.

Aku sebut lagi, kerana Kajang Move juga dia pecat Khalid Ibrahim pada tahun 2014 yang ketika itu masih lagi MB Selangor. Agaknya kifarah Allah atas tindakan politik dasyhat itu, hasrat Anwar nak menjadi MB Selangor melalui PRK Kajang gagal. Dia terus kena checkmate dengan hukuman penjara di Sungai Buloh. Azmin yang naik jadi MB.

Anwar tak serik dengan move politik membinasa orang-orang kuat bersama dia. Sekarang Anwar dikelilingi politikus pengampu yang tak ada karisma memimpin, kebanyakan berpaut dahan dengan Anwar. Mereka tak ada keupayaan memimpin seperti Azmin dan Zuraida. Kalau kena pecat atau disingkir daripada PKR, politik mereka akan kojol. Jangan mimpilah atau membuat ilusi politik watak seperti Dollah Sani, Pudin, Jo Abdul akan jadi ‘top leader’ masa depan. Jauh panggang dari api oiii. Bukan ada akar umbi pun. Harap ‘kembang payung’ Anwar je.

Kau orang masih lagi nak berdemo atau turun jalan raya kalau tiada PKP semata-mata untuk Anwar? Hentikan buat kerja tak berfaedah yang tak bawa pengertian untuk negara. Nanti selepas kau orang dah matang akal empat lima tahun ke depan, agak terlambat sedar selepas haring dikencing Anwar. Insaflah Anwar. Jangan heret rakyat dan ahli-ahli parlimen lain menjadi derhaka kepada Agong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: