Kes positif harian tertinggi Malaysia dicatat hari ini

29 Januari, PUTRAJAYA: Hari ini Malaysia telah mencatat kes positif harian tertinggi iaitu 5,725 kes baharu yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selangor melonjak naik dengan jumlah kes baharu harian iaitu 3,126 kes, jumlah yang mengatasi angka purata kes baharu harian kebangsaan 3,000 kes.

Kuala Lumpur mencatat kes positif harian kedua tertinggi dengan jumlah 687 kes baharu, diikuti Johor (684), Sabah (288),Sarawak (179), Terengganu (137) dan Kedah (125).

Negeri-negeri yang mencatat kes positif harian bawah 100 kes adalah Pulau Pinang (99), Kelantan (93), Melaka (74), Perak (73), Negeri Sembilan (69), Pahang (67) dan Putrajaya (16).

Labuan dan Perlis pula mencatatkan kes positif harian satu angka masing-masing dengan jumlah lima dan tiga kes.

Kadar kes sembuh harian dicatat hari ini adalah 3,423 kes manakala jumlah kematian ialah 733 orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: