Teori Kamal Hatta: Kes Covid-19 Selangor naik, Dr Dzulkefly patut letak jawatan ketua task force!

Tahniah buat Selangor khusus kepada MB Amirudin Shari dan Ketua Task Force Covid-19 Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad apabila negeri ini catat rekod kes positif harian tertinggi, 3,126 kes daripada 5,725 kes kebangsaan.

Kalau kau orang tukar dengan nilai peratus bersamaan 54.6 peratus! Bayangkan tu Selangor je dah sumbang separuh jumlah kes positif harian kebangsaan. Dasyhat sangat ni.

Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu PH dia asyik menekan kerajaan Perikatan Nasional supaya berundur kerana kegagalan tanggani Covid-19. Tapi bahalol dia ni sedar ke tak yang Selangor catat kes tertinggi sejak dua minggu berturut-turut?

Mana Dr Dzulkefly Ahmad yang poyo dalam perbahasan Belanjawan peringkat jawatankuasa hujung tahun lepas menyebut kadar rembesan 3,500 piksel zarah Covid di udara? Selangor hari ni catat angka tertinggi bai. Kau patut letak jawatan Ketua Task Force Covid-19 Selangor. Gagal siut. Mana kecanggihan prosedur dan langkah yang kau akui lebih bagus daripada KKM?

Rakyat tak lupa, sidang media lebih kurang setahun dulu Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan bersama Menteri Pelancongan, Muhammadin Ketapi sebut kerajaan tak boleh halang kemasukan pelancong dari China, walhal amaran penularan wabak Covid-19 dari China dah dimaklumkan awal oleh WHO?

Siapa punya angkara Covid-19 merebak di Malaysia? Ini semua salah kerajaan PH sebab gagal tutup pintu sempadan dan halang gerombolan pelancong China masuk ke negara ni.

Kebetulan sebulan selepas PC mereka itu, PH ditumbangkan. Covid dah memang wujud dek sebaran melalui pelancong-pelancong dari China yang masuk. Ada balaci macai-macai PKR yang backup kata Perikatan Nasional punca Covid-19 merebak. Baghal lagi bahalol puak ni.

Kau orang harap dapat berfikir dengan betul sebelum nak bidas aku. Fikir balik satu persatu timeline kejadian Covid-19 mula-mula muncul. Takkan hal camni Dr Dzulkefly Ahmad nak main politik! Tunjukkan kebenaran kisah. Kau dah gagal atasi masalah Covid-19 di Selangor. Rabak Selangor hari ni pasal jumlah kes baharu harian ni.

Tulisan penulis bebas, Kamal Hatta adalah aktivis dan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: