Rentaka Kota Melaka: Anwar gagal melawan silat politik Mahathir

Persepsi terbanyak melihat sosok Azmin Ali dilihat sebagai pengkhianat terhadap keruntuhan Kerajaan Pakatan Harapan 22 bulan. Mereka gagal melihat punca utama bagaimana Kerajaan PH runtuh serta merta apa bila Perdana Menteri PH, Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan.

Keabsahan jawatan Perdana Menteri disandang Tun Dr Mahathir (TDM) serta Timbalan Perdana Menteri disandang pula oleh Wan Azizah Wan Ismail diperakui dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang pertama di Shah Alam. Berlaku satu insiden Azmin Ali telah keluar dari konvensyen tersebut sebelum perwakilan yang hadir bersetuju dengan menamakan calon Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri dipersetujui.

Samada TDM memang tidak selesa menjadi PM Kerajaan PH dengan melontar gagasan “Kerajaan Perpaduan” atau sengaja tidak memberi laluan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke lapan. Perletakan jawatan TDM secara otomatik meleraikan segala janji yang
termeterai untuk membuat peralihan kuasa sepertimana dipersetujui oleh Majlis Presiden PH.

Oleh yang demikian, bantahan anggota PKR akar umbi yang menolak TDM dicalonkan sebagai PM dipandang sepi sahaja. Asas penolakan anggota PKR adalah berdasarkan kepada warkah dari penjara yang menasihati MPP PKR berwaspada terhadap kelicikan TDM oleh Anwar Ibrahim.

Namun keghairahan untuk menjadi kerajaan baru, MPP PKR telah mengabaikan nasihat tersebut
dengan meneruskan kerjasama politik bersama TDM. MPP PKR lupa bahawa kuasa perogatif PM di dalam kerajaan adalah sangat luas dan besar. Kebimbangan Anwar Ibrahim terhadap usia TDM yang semakin lanjut juga menjadi pemangkin kepada nafsu rakus tamak dan haloba beliau.

Samada Anwar Ibrahim mempunyai andaian atau tidak, bahawa TDM akan kembali menemui pencitpa NYA sewaktu di kerusi PM maka jawatan tersebut kosong dan pastinya diisi oleh Pimpinan lain dalam Majlis Presiden PH kerana waktu itu beliau belum lagi menjadi Ahli Parlimen.

Selepas “Pengampunan Diraja” Anwar Ibrahim berjanji akan berehat selama 2 tahun sebelum kembali ke gelanggang politik. Kelincahan aksi silat politik dipamerkan TDM rupanya
membimbangkan sekali. Kabinet TDM dilihat mula bergerak sebagai pasukan bagi memenuhi manifesto PH sewaktu pilihanraya. Malangnya kabinet TDM lebih terarah kepada gagasan individu bukan kepada melunaskan manifesto PH yang ditawarkan kepada rakyat. Maka Anwar Ibrahim mengkhianati janjinya dengan memaksa Ahli Parlimen Port Dickson meletakkan
jawatan untuk memberi laluan kepada beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Sewaktu 22 bulan, PM TDM gagal mengawal Menteri Kabinet beliau kerana mereka semua berkiblatkan kepada orang lain yang tidak berkuasa di dalam kerajaan. Lalu rakyat mentertawakan di atas segala persembahan yang dipersembahkan oleh barisan Menteri Kabinet secara tidak langsung seolah olah ingin mensabotaj Kerajaan PH pimpinan TDM.

Menteri Menteri PH lupa bahawa mereka berhadapan dengan pesilat politik legenda di bumi Malaysia yang berpengalaman selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Tindakan tindakan sabotaj Menteri Kabinet yang mempunyai kiblat lain telah gagal untuk menjadikan TDM sebagai
PM yang lemah. Strategi meletakkan jawatan dilakukan TDM telah mengakibatkan Kerajaan PH runtuh dan meleraikan janji untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8. Ini menyebabkan “Sindrom Hilang Jawatan” terus menjadi penyakit menular di dalam Pakatan
Harapan. Simpton utama sindrom “HIJAW” ini ialah meroyan. Jadi janganlah hairan jika kita melihat segelintir pemimpin Pakatan Harapan yang meroyan 24 jam siang malam pagi dan petang.

Anwar Ibrahim dan gerombolannya tidak kenal penat dan meneruskan usaha usaha bagi melemahkan Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yasin.

Strategi menyerang, mengkritik dan memperlekehkan semua dasar dasar Kerajaan Perikatan Nasional untuk membantu meringankan beban rakyat.

Kebimbangan rakyat ialah apabila melihat sikap Anwar Ibrahim dan gerombolan yang terus menerus membelakangkan kesejahteraan hidup rakyat dengan melancarkan kritikan-kritikan berbentuk kecaman tanpa ada jalan penyelesaian.

Semua perancangan kerajaan Perikatan Nasional adalah berdasarkan keutamaan dan
kepentingan rakyat dari semasa ke semas. Wabak COVID19 juga melalui fasa gelombang pertama, kedua dan ketiga berdasarkan kepada stastitik dikeluarkan oleh KKM. Justeru itu,
kerajaan Perikatan Nasional bertindak mengikut maklumat yang disediakan agar semua kumpulan sasaran yang terjejas dapat disentuh dan disantuni dengan sebaik mungkin.

Paling membimbangkan Anwar Ibrahim ialah keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap
kewibawaan Kerajaan Perikatan Nasional menangani wabak COVID19 dan kesejahteraan rakyat semakin meningkat. Maka Anwar Ibrahim perlu terus menjadi relevan dengan memainkan isu-isu dengan tujuan memberi persepsi negatif terhadap TSMY.

Ungkapan popular Anwar Ibrahim sewaktu menjelajah negara ialah “ Wamakaru Wamakarallah” perancangan Allah SWT jua yang menjadi takdir nya. Jangan lupa Anwar Ibrahim juga membuat “Langkah Eastin” untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri kelapan.

Namun perancangan beliau gagal juga kerana perancangan Allah SWT juga yang mengambil tempat. Kini setiap kali Anwar Ibrahim memulakan gerakan dan langkah politik terus mengekori rapat adalah mentor beliau iaitu TDM. Anwar Ibrahim terkepong dan terbelenggu di dalam
kepompong bayang-bayang Tun Dr Mahathir iaitu mahaguru politik beliau sendiri.

Sebagaimana dialog Pegawai Khas Si Jamil dalam filem Madu Tiga, setiap soalan hendaklah dijawab dengan satu perkataan sahaja iaitu kesian…………..

Maka bagi cita-cita dan hasrat Anwar
Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri disarankan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk respons dengan perkataan yang sama iaitu kesian………

Abdul Wahab Ibrahim adalah Pengerusi Penggerak Negeri Melaka dan mantan Reformis 98.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: