Perkampungan Persaraan antara rangkuman utama Menteri KPKT Januari 2021

Perkampungan Persaraan Menjelang 2023
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan menghasilkan konsep model dan bekerjasama dengan rakan strategik untuk membangunkan beberapa perkampungan persaraan di tanah milik mereka, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin pada 22 Januari lepas.

Beliau berkata, PR1MA kini sedang merangka dasar yang menumpukan kepada keperluan dan menangani semua elemen asas yang diperlukan warga emas supaya mereka dapat hidup dalam persekitaran harmoni dengan kemudahan kesihatan mencukupi.

Penyelesaian isu Residensi Port Dickson

Setelah setahun sejak para pembeli Residensi Port Dickson mengadu dan mengetengahkan isu projek perumahan berkenaan tertangguh di saluran media, akhirnya isu tersebut telah berjaya diselesaikan oleh PRIMA.

Satu pertemuan empat mata antara Hajah Zuraida Kamaruddin dan wakil-wakil PRIMA dengan para pembeli Residensi Port Dickson pada 9 Januari lalu telah mencapai penyelsaian dan kekeliruan beberapa perkara yang telah menjadi punca isu berbangkit. Hajah Zuraida Kamaruddin juga telah memberi jaminan projek perumahan ini akan siap pada akhir Jun 2021.

Peruntukan Pembangunan Naiktaraf Pantai Pelancongan Port Dickson

Melangkaui sempadan politik, Hajah Zuraida Kamaruddin telah mengumumkan peruntukan naik taraf pembangunan infra sejumlah RM8.9 juta bagi 11 pantai peranginan di Port Dickson.

Turut serta dalam pertemuan dan taklimat bersama Majlis Perbandaran Port Dickson pada 9 Januari lalu adalah Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong.

Gubal Akta Sewaan Kediaman bagi mengawal harga dan sewaan rumah.

Semalam (30 Januari), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini dalam proses menggubal Akta Sewaan Kediaman bagi mengawal harga dan sewaan rumah di negara ini, kata menterinya Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, akta itu dijangka dibentang di Parlimen pada suku pertama 2022.

Katanya, akta itu juga akan mengambil kira kepentingan pemilik tanah dan penyewa, selain memastikan pemilik tidak sewenang-wenang menaikkan harga sewa atau mengusir penyewa.

Akta Sewaan Kediaman kini di peringkat persediaan. Jangkaannya ia akan dibawa kepersediaan. Jangkaannya ia akan dibawa ke Parlimen pada persidangan suku pertama 2022.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: